Tamak adalah suatu sifat yang tidak baik. Orang yang bersifat tamak biasanya akan menerima kerugian
pada waktu terdekat mahupun pada suatu masa yang mendatang. Dalam Bahasa Melayu terdapat peribahasa-peribahasa
yang mengambarkan sifat tamat yang selalunya merugikan manusia. Antara peribahasa yang terkenal iaitu
"Orang Tamak Selalu Rugi, Bagai Anjing Dan Bayang-Bayang" dan satu lagi iaitu
"Yang Dikejar Tidak Dapat Dan Yang Dikendong Berciciran".
Kedua-dua peribahasa ini menunjukan seorang individu itu telah menerima sesuatu di dalam genggamannya,
namun akibat sifat tamaknya untuk mendapatkan sesuatu lagi di luar genggamannya, maka apa yang telah
amat yakin diperolehinya terlepas begitu sahaja. Namun dia mungkin akan bernasib baik sekiranya apa yang
dikejarnya itu dapat, kalau tidak dapat? tepuk dahi la kot..Jadinya semuanya terlepas,
baik dari apa yang dia perolehi dan apa yang dikejarnya.
Story ini membawa kita supaya berfikir supaya janganlah sesekali mempunyai sifat tamak.
Tamak tidak akan membawa kita ke mana-mana. Sifat tamak biasanya diekori dengan perasaan egois.
Jadi, sama-samalah kita hindari sifat ini.Tuhan tak suka tau.^_^
p/s : kalau sapa sapa yang mempunyai teman,kekasih,tunang,mahupon suami isteri.jagalah seelok elok yg
mungkin dan jgn terlalu tamak dgn apa yang kita ada... pesanan buat diri aku jgk..
sama sama kita renung renungkan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan