Jumaat, 22 Februari 2013

Jentera belum siap...



04:52 am aku teringat pada seseorang insan!

Salam semua....ohh rasanya dh lama aku x berblog..tatau la kenapa.. Mybe aku ada suatu yg tak kena dgn diri aku..hahahah. Dulu kemain aku berblog dan ber pesbok..maklumlah ada bunga yg kembang.. Skg dh layu..bukan setakat layu malah rupa,bentuk mauhupun bau pon tadak... Tp tak apa bunga bkn sekumtum kumbang bkn sekor..ada rezeki jmpa bunga yg Elok..harap2 jumpa yg ok la..yg bole paham situasi aku berkeja.. Sebernyanya bkn aku busy sngt tp tahap pengujian aku ni berbaloi jgk... Sengajakan aku busy...nk tngok tahap mana kesabaran seseorang...... Masa bercinta ni la kita nk tau sejauh mana kesetian,kejujuran,kesabaran pasangan Masing-masing,utk mengelak menyesal kemudian hari bila berumahtangga. Nnti kalau dah kawen aku xde kat rumah kena keja siang malam sampai xde masa kt rumah Mybe pasangan aku dh taw keje aku mcm mna..so rumahtangga pon xgoyang.. Tp aku plk kena la luangkan masa gan anak bini bla dh berkawen...hehe!!(sapa xsyg bini oii) Tp aku sngat merindui seseorang yg pernah aku sayang....tp nk buat mcm mna nasi dh jdi bubur.. Mybe pengujian aku terlalu lama kot kt dia..tu pasai dia 'blah'hahah.. Walau mcm mana pon thank kt dia sbb dia yg telah menceriakan life aku sepanjang Berkenalan..thank Q berbanyak...benda aku tatau pon nole jdi tau dgn tunjuk ajar dia.. Walaupon kekadang tu aku berfikir betul ke tidak.huhu. Last aku nk ckp kt dia dgn ikhlas diri sudut hati naluri kecil aku Aku betul2 ikhlas,sayang kt dia time dulu2 sampai skg... Dan slamanya.. Wasalammmmm...... P/s : best jgk tulis bolg dlm nset nie..so pasni bila2 Masa aku nk tulis blog pon snang.huhu

Khamis, 25 Oktober 2012

WANITA

Mengapa WANITA sering menangis

Jawab Tuhan : Kerana WANITA itu unik
Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa
- KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
- KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
- KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
- KU teguhkan pribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
- KU beri dia naluri utk ttp menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh org yg disayangi
- WANITA makhluk kuat
Tapi jika suatu saat dia menangis itu krn KU beri air mata utk membasuh luka batin & memberi kekuatan baru
- WANITA sangatlah istimewa
Kirimkan pd wanita yg kamu sayangi...

p/s kpd lelaki!!! agar mereka menghargai wanita dan agar tau bahwa wanita ciptaan Tuhan yg istimewa

Sabtu, 15 September 2012

Sayang Si Dia !!

sebernarnya aku sngat syg at dia..tp dia suka sngat  bagi aku serba salah..hadoii... pening kepala aku aihh!!
rasa nk gget pon ada,geram pon ada..hhahaha (selalu aku gurau dgn dia mcm tuh hehe)...tp aku xdpt bayangkan klu dia tak ada dlm hidup aku...fuhh merana aku beb...pepatah org skg ckp fush menonggeng!!! bkn ckp klu xde dia aku xbole hidup tp dia lah yg membuatkan aku heppy2 ja..tu yg bertambah suka tuh!!! klu sehri tu aku x coll dia atau msg dia,aku dh rasa sunyi dh..mcm mna pon aku nk jgk msg dia atau coll...bkn apa aku suka dngar dia gelak2 dan suka beletir tuh!! kadang2 eeeeee xtau la nk ckp???(rasa geram jer hahahahaaaaaha)

hah!! ni lgi satu nih!!!! dia suka bgi aku kelam kabut... time dia soal aku mengalahkan pegawai penyiasat..tp klu aku tersilap cakap mula la dia nk touching2 lak...beak aku jaga hati dia...telinga aku ni pon xrasa sakit asek kena beletir je.. mencikkk!!!! (~_~")!!





Selasa, 22 Mei 2012

lelaki dan wanita

# LELAKI : JANGAN LAYAN wanita tu special sangat jika TIDAK ADA NIAT untuk buat dia menjadi yang SAH/HALAL..wanita ini lain sikit, CEPAT PERASAN dan MUDAH JATUH HATI..jangan letak harapan seandainya hati tidak yakin..jangan beri HARAPN pada yang mudah menyerap harapan..hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah..bila sudah terluka, susah nak rawat balik..
 

# WANITA : JANGAN BERHARAP terlalu tinggi kepada lelaki yang kamu sayangi, kerana bila kecewa datang..ia boleh menyakiti hati dan dirimu dengan banyak..jadilah wanita yang TEGAS, MAHAL dan TIDAK MUDAH untuk menerima cinta dari seorang lelaki yang belum sah menjadi milikmu..

p/s : Jangan ada niat ingin kahwin sahaja, tapi TINDAKAN ke arah itu tidak ada..cari calon ini BUKANLAH sahaja-sahaja ingin MENCUBA macam mencuba pakaian..tidak sesuai yang ini, amik yang lainlah..♥♥


Khamis, 19 April 2012

7 'C' sebab suami benci isteri

7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadzilah Kamsah )


Tips 7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah ini saya kongsikan untuk renungan kita bersama.

Semoga BERMANFAAT untuk kita semua...

=================================

C1. CABAR

Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata

"Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!"

Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata ...

C2. CABUL

Perbuatan dan kata2 isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yang tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR

Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot.

Suami pula di opis dok nampak y aje ...

Ada isteri kata - mekap untuk suami, .... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis.

Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan2 ...

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ...

Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ...

anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ...

Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun...belum tentu tinggi akhlaknya.

Tapi kita ni insan yg mudah lupa dan lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ....

Isnin, 9 April 2012

Petanda Wanita Jatuh Cinta Dgn Lelaki

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.