Seseorang yang gagal dalam cubaan pertama mesti
belajar daripada kesilapan dan membaikinya
keinginan untuk berubah tetap ada dalam diri seseorang.
memaang ramai orang yang gagal mencapai kejayaan
tetapi mereka terus berusaha.cuba renungkan firman Allah S.W.T.
yang bermaksud: "wahai org org yang beriman! mintalah bantuan
(utk menghadapi kesusahan dlm menyempurnakan perintah Tuhan)
dengan sabar dan mengerjakan solat." (surah al-baqarah ayat 153)
ketika sedih,hampa,sakit hati,takut dan risau,inilah masanya
kita perlu bangkit dgn segera dan bersolat.Apa yang diperlukan
pada masa itu adalah ketenangan jiwa.Dan solat merupakan penyejuk
hati dan pembuka kebahgiaan.
Apabila semangat semakin luntar dan kita tidak tahu ke mana hendak
dituju,duduklah sebentar dan fikiran kembali apa yang kita telah lakukan.
Elok juga kalau kita belajar daripada kisah seekor keldai yang hampir mati
tertimbus.
Al kisah..
"Disebuah kampung di perdalaman,keldai merupakan harta penting untuk petani.
suatu hari,seorang petani mundar mandir di sekitar rumahnya kerana
mencari keldai yang hilang.setelah penat,dia duduk di pangkin rumahnya
memikirkan nasib si keldai itu.
kemudian,perlahan lahan dia mendengar suara rengekan seakan akan
seorang berada dalam kesusahan.Beringsut ingsut si petani mencari arah suara
itu dan rupanya itu ialah suara si keldai yang sedang dicarinya.
keldai itu tersesat dan terjatuh ke dalam perigi lama yang dilitupi daun daun
pokok diatasnya.
Apa yg harus dibuatnya?perigi ini dalam dan kalau ditarik keluar,terlalu
bahaya,"bisik hatinya.Lama berfikir,dia memutuskan untuk menimbus saja keldainya.
si petani mengajak beberapa rakannya untuk menimbus perigi itu..
peluh mencurah curah keluar dri dahi petani petani tersebut.
Sehingga suara si keldai itu tidak kedengaran lagi,barulah mereka berhenti menimbus.
menyangka keldai itu sudah mati,mereka berdiri di tepi perigi untuk melihat apa yg belaku.
Sungguh menakjubkan!! pandangan mereka terpaku seketika pada seekor keldai yang masih kuat,
segar dan sambil menggoyang goyang ekornya..
Melihat keadaan ini,petani tambah bersemangat dan menyiapkan usaha mereka
sehingga keldai itu dapat melompat keluar dan berlari pergi."
Seperti juga kisah ini,kehidupan kita akan terus dituangkan tanah dan kekotoran yang
berupa kesedihan,masalah,ujian dan cubaan hidup.Hanya ada satu cara untuk
keluar daripada keadaan tersebut iaitu menggerakkan akal untuk membuang
segala kesedihan daripada hati kita.
Dengan cara itulah,anda dapat menjadikan semua masalah seperi tanah untuk
dipijak dan melompat keluar dari perigi kesengsaraan.KEJAYAAN dan KEGAGALAN
untuk berubah adalah sihih berganti.Tidak ada sesuatu yang kekal kerana
setiap masa kita BERUBAH....
Hanya kepada ALLAH kita berharap dan memohon pertolongan.ALLAH berfirman:
"Tidakkah kami (ALLAH) telah melapangkan dadamu (ya Muhammad?)
dan telah kami ringankan bebanmu yang berat.Yang memberati tanggunganmu.
Dan kami tinggikan (muliakan namamu? sesungguhnya di samping kesukaran
ada kemudahan.Apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu perkejaan),maka
bersusah payahlah (mengerjakan yang lain pula).Dan kepada Tuhanmu
kamu berharap." (surah al-insyirah.ayat 1-8)
Ahli sukan yang bangga dgn kejayaan,jutawan yang megah dgn kekayaan
dan ahli politik yang teruja dgn kekuasaan bersetuju bahawa seseorang
yang gagal dalam cubaan pertama mestilah belajar daripada kesilapan
dan membaikinya!
Gagal adalah sunah kehidupan.yang lalu biarlah berlalu.kita perlu
pandang ke hadapan.
p/s : sama seperti dalam soal cinta jgk..gagal tak semestinya gagal
selamanya...kumbang bukan seekor,bunga bukan sekuntum. ^_^

Tiada ulasan:
Catat Ulasan