Khamis, 25 Oktober 2012

WANITA

Mengapa WANITA sering menangis

Jawab Tuhan : Kerana WANITA itu unik
Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa
- KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
- KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
- KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
- KU teguhkan pribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
- KU beri dia naluri utk ttp menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh org yg disayangi
- WANITA makhluk kuat
Tapi jika suatu saat dia menangis itu krn KU beri air mata utk membasuh luka batin & memberi kekuatan baru
- WANITA sangatlah istimewa
Kirimkan pd wanita yg kamu sayangi...

p/s kpd lelaki!!! agar mereka menghargai wanita dan agar tau bahwa wanita ciptaan Tuhan yg istimewa

Sabtu, 15 September 2012

Sayang Si Dia !!

sebernarnya aku sngat syg at dia..tp dia suka sngat  bagi aku serba salah..hadoii... pening kepala aku aihh!!
rasa nk gget pon ada,geram pon ada..hhahaha (selalu aku gurau dgn dia mcm tuh hehe)...tp aku xdpt bayangkan klu dia tak ada dlm hidup aku...fuhh merana aku beb...pepatah org skg ckp fush menonggeng!!! bkn ckp klu xde dia aku xbole hidup tp dia lah yg membuatkan aku heppy2 ja..tu yg bertambah suka tuh!!! klu sehri tu aku x coll dia atau msg dia,aku dh rasa sunyi dh..mcm mna pon aku nk jgk msg dia atau coll...bkn apa aku suka dngar dia gelak2 dan suka beletir tuh!! kadang2 eeeeee xtau la nk ckp???(rasa geram jer hahahahaaaaaha)

hah!! ni lgi satu nih!!!! dia suka bgi aku kelam kabut... time dia soal aku mengalahkan pegawai penyiasat..tp klu aku tersilap cakap mula la dia nk touching2 lak...beak aku jaga hati dia...telinga aku ni pon xrasa sakit asek kena beletir je.. mencikkk!!!! (~_~")!!





Selasa, 22 Mei 2012

lelaki dan wanita

# LELAKI : JANGAN LAYAN wanita tu special sangat jika TIDAK ADA NIAT untuk buat dia menjadi yang SAH/HALAL..wanita ini lain sikit, CEPAT PERASAN dan MUDAH JATUH HATI..jangan letak harapan seandainya hati tidak yakin..jangan beri HARAPN pada yang mudah menyerap harapan..hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah..bila sudah terluka, susah nak rawat balik..
 

# WANITA : JANGAN BERHARAP terlalu tinggi kepada lelaki yang kamu sayangi, kerana bila kecewa datang..ia boleh menyakiti hati dan dirimu dengan banyak..jadilah wanita yang TEGAS, MAHAL dan TIDAK MUDAH untuk menerima cinta dari seorang lelaki yang belum sah menjadi milikmu..

p/s : Jangan ada niat ingin kahwin sahaja, tapi TINDAKAN ke arah itu tidak ada..cari calon ini BUKANLAH sahaja-sahaja ingin MENCUBA macam mencuba pakaian..tidak sesuai yang ini, amik yang lainlah..♥♥


Khamis, 19 April 2012

7 'C' sebab suami benci isteri

7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadzilah Kamsah )


Tips 7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah ini saya kongsikan untuk renungan kita bersama.

Semoga BERMANFAAT untuk kita semua...

=================================

C1. CABAR

Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata

"Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!"

Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata ...

C2. CABUL

Perbuatan dan kata2 isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yang tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR

Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot.

Suami pula di opis dok nampak y aje ...

Ada isteri kata - mekap untuk suami, .... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis.

Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan2 ...

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ...

Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ...

anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ...

Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun...belum tentu tinggi akhlaknya.

Tapi kita ni insan yg mudah lupa dan lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ....

Isnin, 9 April 2012

Petanda Wanita Jatuh Cinta Dgn Lelaki

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

tips nak lupakan org yg pernah kita syg .

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Jika dilihat daripada tajuk entri post di atas mungkin anda akan menganggap yang saya ni macam orang yang baru lepas putus cinta kot. Ataupun saya sekarang tengah angau tapi nak lupakan seseorang itu. Tapi semua itu tidak benar sama sekali kerana saya tidak pernah mahu lupakan siapa-siapa pun. Saya terdetik untuk menulis artikel ini kerana ada permintaan dari seorang kawan saya yang mahu saya post artikel bagaimana untuk dia lupakan seseorang. Saya bukannya hebat sangat pun untuk bagi pendapat ni tapi apa yang boleh saya kongsikan saya cuba la ye. Saya cuba yang terbaik untuk bagi pendapat ni. Dari pembacaan saya dan pengalaman saya sendiri juga..hehe
Saya hanya bagi straight to the point je senang tentang cara-cara nak lupakan seseorang ni tak payah nak pening-pening kepala baca panjang-panjang.
1) Jika anda baru putus cinta ataupun yang seangkatan dengannya sememangnya anda akan bersedih. Itu adalah normal. Yang jadi tak normalnya bila anda buat-buat tak sedih kononnya nak tunjuk anda kuat yang anda boleh lupakan seseorang itu dengan mudah. Walaupun ada yang kuat tapi tak ramai yang kuat untuk lupakan seseorang yang dicintai itu. Kalau anda sedih untuk lupakan seseorang yang dicintai itu keluarkan ia dengan sepenuh hati. Tak pun menangislah sepuas hati anda lama-lama kelamaan anda akan berasa lega sikit selepas beberapa hari. Bila anda sudah biasa bersedih lama kelamaan anda anda akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan dia.
Tips: Susah nak menangis? Tengok la cerita-cerita sedih ataupun dengar lagu-lagu cinta ke..hehe
2) Kadang-kadang bila anda selalu duduk sorang-sorang anda akan selalu terbayang-bayangkan seseorang yang anda suka itu. Jadi makin susahlah untuk lupakan seseorang itu. Habis tu apa nak buat ek?. Senang je pergi cari kawan dan jangan biarkan anda duduk keseorangan. Bila bersama kawan ni banyak benda yang anda boleh buat seperti borak-borak, main apa-apa, pergi jalan-jalan. Percayalah bila anda bersama dengan kawan-kawan anda akan selalu gembira dan lama kelamaan anda akan dapat melupakan seseorang itu.
Tips: Carilah kawan yang boleh buat anda happy..macam saya ni ke..haha perasan..
3) Sentiasa sibukkan diri anda dengan apa-apa aktiviti. Bila diri anda selalu sibuk maka fikiran anda pun akan menjadi sibuk juga. Anda buat la sesuatu aktiviti yang anda suka lakukan dan sentiasa sibukkan diri dengannya. Apabila fikiran anda sedang sibuk maka secara automatiknya anda tidak akan mempunyai masa untuk berfikir tentang ‘seseorang’ yang anda cuba lupakan dia!. Otak tengah buzy jadi anda tak ada masa nak fikir tentang seseorang itu.
Tips: Sibukkan diri anda dengan aktiviti yang banyak mendapat pahala seperti sembahyang, baca al-Quran, berzikir dan banyak lagi.
4) Anda kena elakkan atau jangan terus untuk berhubung dengan ‘seseorang’ yang anda mahu lupakan itu. Kalau anda masih dok terhegeh-hegeh hubungi dia lagi sampai bila-bila pun anda tidak akan dapat lupakan dia. Kalau boleh jangan ada faktor apa pun lagi yang boleh menyebabkan anda berhubung dengan dia seperti ym, facebook dan lain lagi. Bukan nak suruh putuskan hubungan silaturrahim tapi sekadar supaya anda dapat lupakan seseorang itu apabila tidak berhubung dengannya lagi.
Tips: Berhubunglah dengan orang lain supaya anda boleh alihkan perhatian anda. Tak pun berhubung je dengan saya kat facebook dan ym saya senang..hehe
5) Terimalah realiti yang anda perlu lupakan ‘seseorang’ dengan hati yang terbuka dan nekad. Berhentilah dari segala macam perkara seperti berharap, berangan, bermimpi atau yang seumpamanya. Realitinya yang anda mesti lupakan dia walau apa sekalipun. Jangan ada lagi didalam fikiran anda contohnya suatu hari nanti ke.. semua akan berubah ke..dia masih mahu kot..atau apa-apa jela. Anda perlu kuat untuk menghadapi realiti ni.
Tips: Ingatlah yang hidup ini adalah realiti dan bukan fantasi ya..
Sebagai kesimpulannya melupakan seseorang yang kita suka amatlah sukar kerana ianya memerlukan semangat yang kuat untuk melakukannya. Ada banyak lagi cara untuk kita boleh lupakan seseorang itu yang saya ceritakan disini hanyalah sebahagiannya sahaja. Kalau masih tak boleh nak lupakan juga seseorang itu anda ingatlah kepada Allah selalu dan juga ibu bapa kita sendiri. Pesan saya.. “Ingatlah hidup mesti diteruskan dan bukan untuk diratapi”. Kepada kawan saya tu good luck ye.. Sekian.

23 CIRI ORANG YANG MENCINTAI KAMU

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tau tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tau kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’have fun’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, karena dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dengan cara yang berbeda, bukan “aku CINTA padamu”.

6. Jika kamu merayakan tahun baru dan kamu tidak mengundangnya ke pesta yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, karena saat-saat itu ialah saat yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. karena saat bersamamu tidak selalu terulang.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. karena dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, karena dia ingin tahu apa kgemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun susah menggemari kesukaan kamu, tapi akhirnya dia bisa.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu, kamu mungkin sedang sakit, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – karena dia khawatir tentang kamu, peduli tentang kamu.

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan kapan ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup karena kamu telah menggetarkan dunianya.

14.Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15.Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan senantiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan lingkungan yang mungkin membawa pengaruh buruk terhadap kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang bikin BETE, seperti menelefon kamu 100 kali sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira karena dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari memenuhi permintaan kamu walau sesulit apapun permintaan itu.

20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda yang berharga buatnya.

21. Dan jika kamu coba menjauhkan diri darinya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyadarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu karena sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, karena dia tidak mau kamu terbebani karenanya. saat kau pinta dia pergi, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, karena dia benar-benar mengerti apa itu cinta

Rabu, 4 April 2012

Taktik Baru Perogol !

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.

Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut. Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan si perogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda. Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai. JAGA JUGA ANAK LELAKI ANDA DARI PELIWAT, JANGAN BIARKAN ANAK LELAKI ANDA BERKERJA SEORANG DIRI DI KONDO BERSAMA MAJIKANNYA.

Isnin, 26 Mac 2012

Tamak Selalunya Rugi !

Tamak adalah suatu sifat yang tidak baik. Orang yang bersifat tamak biasanya akan menerima kerugian
pada waktu terdekat mahupun pada suatu masa yang mendatang. Dalam Bahasa Melayu terdapat peribahasa-peribahasa
yang mengambarkan sifat tamat yang selalunya merugikan manusia. Antara peribahasa yang terkenal iaitu
"Orang Tamak Selalu Rugi, Bagai Anjing Dan Bayang-Bayang" dan satu lagi iaitu
"Yang Dikejar Tidak Dapat Dan Yang Dikendong Berciciran".

Kedua-dua peribahasa ini menunjukan seorang individu itu telah menerima sesuatu di dalam genggamannya,
namun akibat sifat tamaknya untuk mendapatkan sesuatu lagi di luar genggamannya, maka apa yang telah
amat yakin diperolehinya terlepas begitu sahaja. Namun dia mungkin akan bernasib baik sekiranya apa yang
dikejarnya itu dapat, kalau tidak dapat? tepuk dahi la kot..Jadinya semuanya terlepas,
baik dari apa yang dia perolehi dan apa yang dikejarnya.

Story ini membawa kita supaya berfikir supaya janganlah sesekali mempunyai sifat tamak.
Tamak tidak akan membawa kita ke mana-mana. Sifat tamak biasanya diekori dengan perasaan egois.
Jadi, sama-samalah kita hindari sifat ini.Tuhan tak suka tau.^_^

p/s : kalau sapa sapa yang mempunyai teman,kekasih,tunang,mahupon suami isteri.jagalah seelok elok yg
mungkin dan jgn terlalu tamak dgn apa yang kita ada... pesanan buat diri aku jgk..
sama sama kita renung renungkan

Rahsia Pemikiran Seorang Lelaki ?


 Rahsia Pemikiran Seorang Lelaki..? Ni patut kaum wanita tahu dan ambil berat..nak tahu apa..?

Perihal Lelaki #1

“Sebenarnya kebanyakan lelaki lebih menyukai wanita yang bijak daripada wanita yang seksi. ”

Ramai juga lelaki selalu memandang tinggi kepada wanita genius. Paling tidak, wanita yang mempunyai pendirian tetap dan bijak membuat keputusan. Dalam erti kata lain, selalu percaya kepada pemikiran sendiri.

Bagi mereka, memakai jeans yang ketat, t-shirt pendek sehingga ternampak belakangnya, pusatnya atau wanita bersinglet di pusat membeli-belah adalah Too Cheap!

Perempuan-perempuan yang seksi dan seksa ini hanya dilihat sebagai satu objek seks. Namun…jika berpelajaran, bijak dan seksi, ianya satu kelebihan besar! It’s big bonus!

Sekiranya seorang wanita itu pandai mengimbangkan cara berpakaian, penampilan diri, berilmu dan bijak membuat keputusan pastinya dia adalah pilihan lelaki yang paling utama.

Maksud berilmu di sini, anda boleh memilikinya dari berbagai cara bukan hanya dari kelulusan akademik yang tinggi. Anda boleh menimba ilmu dari kursus-kursus ataupun workshop apa-apa di mana-mana sahaja dan anda boleh memiliki ilmu dalam bidang memasak, menjahit, percetakan, rekacipta dan sebagainya.

Apabila anda mempunyai ilmu dan kepakaran di dalam sesuatu bidang, anda sudah susah untuk diperlekehkan atau dipandang rendah oleh sesiapa sahaja. Ini kerana, apabila seseorang yang mempunyai ilmu dan kepakaran, keperibadian anda dilihat dari sudut perspektif yang berbeza serta dihormati ramai dan bukan calang-calang orang yang mudah untuk dipermainkan. Now you see what is important, right?!

Perihal Lelaki #2

“Lelaki benci dengan wanita yang suka bercerita tentang bekas kekasihnya.”

Ianya amat memualkan mereka apabila wanita mula bercerita tentang itu dan ini, kisah lampau dan kenangan manis serta pengalaman mereka semasa bersama dengan bekas kekasih.

Ianya adalah satu kesalahan besar bagi mereka. Mereka juga menganggap, jika wanita masih berperangai begitu, ianya seolah-olah wanita itu masih cinta dan mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya, walaupun ianya hanyalah satu kenangan silam.

Yang nak pergi cerita kisah-kisah lama tu buat apa? Pening dengan sesetengah wanita ni. Suka sangat nak bercerita kisah lama. Seolah-olah nak menunjuk yang dia pernah mempunyai kehidupan yang menarik, lepas tu nak banding-banding pulak tu hehehe…

“adoi, apa yang awak nak mengajar boyfriend awak sekarang ni?… bertahan? sabar? Tak payahla… buat sakit hati dia je beb!”

Tak usah lah sayamg… buat sakit hati boyfriend you je. Apa yang paling penting ialah kebahagiaan masa depan anda berdua. Bukan kisah yang lepas, pengalaman lalu…boring la beb.

MASA SEKARANG, bina kebahagiaan sekarang..create new experience untuk anda berdua kenang segala kemanisannya. Alami segala pengalaman baru bersama walaupun di tempat yang pernah anda kunjungi bersama exboyfriend. You know, itu lagi bagus…Lalui bersama boyfriend sekarang, sesuatu yang pernah dilalui bersama exboyfriend untuk jadikan kenangan silam sudah tidak bermakna lagi. Perrgh…ini tip aaaa…”manyak mahal wo!”

Perihal Lelaki #3

“Lelaki sangat mengagung-agungkan wanita yang disukainya atau yang baru diminatinya walaupun wanita itu tidak cantik!”

So, jangan cepat perasan! Hehehe…Kalau nak tahu anda betul-betul cantik atau hebat, jumpa lelaki yang membenci anda, sesungguhnya walau dia membenci anda sekalipun lelaki itu tidak akan mengata anda hodoh jika anda cantik.

Amacam??… sebenarnya ini memang benar. Dah banyak jumpa lelaki-lelaki begini. Walau dia benci atau geram dengan sikap wanita itu…dia tetap akui yang wanita itu benar-benar cantik.

Tapi kalau yang tak cantik tu…tetap tak cantik laaa..hehe. Namun selalunya nasib menyebelahi mereka. Walau tak cantik pun, kalau si lelaki sudah sayang, anda tetap kelihatan cun melecun walau pun anda selekeh dan tembam. Begitulah juga sebaliknya. Hehehe…cool tak?!

Perihal Lelaki #4

“Mengapa masih cinta dengan lelaki yang pernah curang? Kerana lelaki curang akan berlaku curang lagi dan lagi… ”

Lelaki curang??…jangan bagi peluang kedua kepadanya. Sekali dia curang, dia akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi. Sekali lelaki curang, itu bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain. Curang pertama kali itu yang susah untuk dilakukan, tetapi apabila dia sudah buat sekali…well, yang kedua dan seterusnya is easy!

So, jangan buang masa! Buang dia! Tidak ada gunanya untuk anda memaafkan lantas memberi peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka akan kembali berlaku curang lagi. Sorry kawan-kawan wanita semua…this is reality!

Kecuali, dia terikat dengan perkahwinan yang terpaksa atau perhubungan yang sudah tiada cinta namun kerana anak-anak atau kerana keluarga dan maruah, lalu dia tidak dapat putuskan. Lalu, dia terpaksa jatuh cinta pada yang lain…

Beratus-ratus email masalah cinta yang mana ramai masih menunggu boyfriend mereka yang hilang entah ke mana. Dan apabila tersedar yang lelaki mereka curang, wanita-wanita ini terus menerus bersedih dan seolah-olah tidak mahu meneruskan hidup normal mereka…

Please faham ya…lelaki kalau dia masih mahukan anda, dia masih ingin bersama anda, dia akan sentiasa ‘mengayat’ anda. Dia akan sentiasa call setiap masa, sms selalu, selalu mahu berjumpa dan berbual mesra, dia akan lakukan apa sahaja demi untuk bersama anda. Percayalah!

Kalau masih sayang dan cinta, takkan dia hilang dan senyap je beb, handphone mesti jawab. Kalau dah tak cinta tu, berborak pun sekadar bertanya khabar je, dah tak ada kemesraan, dah tak romantik, sms pun balas sikit-sikit, kadang-kadang tak balas…hmmm, ada wanita lain lah tu. Kalau tak pun dia dah bosan dengan anda.

So, kerja anda sekarang ialah…bertekad untuk keluar dari kemelut itu dan memulakan hidup baru, kemudian membuka hati anda kepada yang baru…

Perihal Lelaki #5

“Lelaki teramat benci dengan wanita-wanita yang suka berlebih-lebih dalam segala hal.”

Ramai lelaki memang tak suka dengan wanita yang suka bercakap lebih, berpakaian lebih-lebih, cara berkawan pun lebih-lebih. Lelaki mana pun akan mudah rimas dengan wanita sebegini. Disarankan yang lebih-lebih tu, bersederhanalah. Dalam islam pun menyarankan agar kita mengamalkan kesederhanaan.

Hmm..ingat kami kaum lelaki ni boleh tahan ke tengok awak semua bersosial, berkawan rapat dengan lelaki lain, keluar berjalan, minum-minum, makan-makan,

“wa jeles bangat tau!!…ingat tak terseksa batin ke?!!… cuba lelaki buat kat wanita tengok. Tahan ke??”

Hahahaha…kelakar memang kelakar, tapi itulah hakikatnya. Fikirlah dulu sebelum anda nak bersosial lebih-lebih. Ingat cam ni…kalaulah boyfriend anda buat sama seperti apa yang anda buat…okey ke tak? Kalau anda boleh terima then…too bad lah pada boyfriend itu. Kesianlah kat boyfriend you…kena ngap sayot! wakakaka…

Meranalah dia sorang-sorang hehehe…salah satu sebab utama perpisahan banyak terjadi pun adalah kerana perhubungan yang terlalu sosial sehingga menimbulkan syak wasangka dan cemburu…

p/s : maka sedarlah wahai wanita..jagalah pasangan anda baik-baiknya ye.. jom share dengan kawan-kawan lain..

10 Fakta Menarik Tentang Kelahiran !

10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN
===================================
Sanggupkah kita MASIH LAGI INGIN PUNYA NIAT utk membuang ANAK??

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. 

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Ahad, 25 Mac 2012

Bangkit Dari Kegagalan !

Seseorang yang gagal dalam cubaan pertama mesti
belajar daripada kesilapan dan membaikinya

keinginan untuk berubah tetap ada dalam diri seseorang.
memaang ramai orang yang gagal mencapai kejayaan
tetapi mereka terus berusaha.cuba renungkan firman Allah S.W.T.
yang bermaksud: "wahai org org yang beriman! mintalah bantuan
(utk menghadapi kesusahan dlm menyempurnakan perintah Tuhan)
dengan sabar dan mengerjakan solat." (surah al-baqarah ayat 153)

ketika sedih,hampa,sakit hati,takut dan risau,inilah masanya
kita perlu bangkit dgn segera dan bersolat.Apa yang diperlukan
pada masa itu adalah ketenangan jiwa.Dan solat merupakan penyejuk
hati dan pembuka kebahgiaan.

Apabila semangat semakin luntar dan kita tidak tahu ke mana hendak
dituju,duduklah sebentar dan fikiran kembali apa yang kita telah lakukan.
Elok juga kalau kita belajar daripada kisah seekor keldai yang hampir mati
tertimbus.

Al kisah..

"Disebuah kampung di perdalaman,keldai merupakan harta penting untuk petani.
suatu hari,seorang petani mundar mandir di sekitar rumahnya kerana
mencari keldai yang hilang.setelah penat,dia duduk di pangkin rumahnya
memikirkan nasib si keldai itu.

kemudian,perlahan lahan dia mendengar suara rengekan seakan akan
seorang berada dalam kesusahan.Beringsut ingsut si petani mencari arah suara
itu dan rupanya itu ialah suara si keldai yang sedang dicarinya.
keldai itu tersesat dan terjatuh ke dalam perigi lama yang dilitupi daun daun
pokok diatasnya.

Apa yg harus dibuatnya?perigi ini dalam dan kalau ditarik keluar,terlalu
bahaya,"bisik hatinya.Lama berfikir,dia memutuskan untuk menimbus saja keldainya.
si petani mengajak beberapa rakannya untuk menimbus perigi itu..
peluh mencurah curah keluar dri dahi petani petani tersebut.

Sehingga suara si keldai itu tidak kedengaran lagi,barulah mereka berhenti menimbus.
menyangka keldai itu sudah mati,mereka berdiri di tepi perigi untuk melihat apa yg belaku.
Sungguh menakjubkan!! pandangan mereka terpaku seketika pada seekor keldai yang masih kuat,
segar dan sambil menggoyang goyang ekornya..

Melihat keadaan ini,petani tambah bersemangat dan menyiapkan usaha mereka
sehingga keldai itu dapat melompat keluar dan berlari pergi."

Seperti juga kisah ini,kehidupan kita akan terus dituangkan tanah dan kekotoran yang
berupa kesedihan,masalah,ujian dan cubaan hidup.Hanya ada satu cara untuk
keluar daripada keadaan tersebut iaitu menggerakkan akal untuk membuang
segala kesedihan daripada hati kita.

Dengan cara itulah,anda dapat menjadikan semua masalah seperi tanah untuk
dipijak dan melompat keluar dari perigi kesengsaraan.KEJAYAAN dan KEGAGALAN
untuk berubah adalah sihih berganti.Tidak ada sesuatu yang kekal kerana
setiap masa kita BERUBAH....

Hanya kepada ALLAH kita berharap dan memohon pertolongan.ALLAH berfirman:
"Tidakkah kami (ALLAH) telah melapangkan dadamu (ya Muhammad?)
dan telah kami ringankan bebanmu yang berat.Yang memberati tanggunganmu.
Dan kami tinggikan (muliakan namamu? sesungguhnya di samping kesukaran
ada kemudahan.Apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu perkejaan),maka
bersusah payahlah (mengerjakan yang lain pula).Dan kepada Tuhanmu
kamu berharap." (surah al-insyirah.ayat 1-8)

Ahli sukan yang bangga dgn kejayaan,jutawan yang megah dgn kekayaan
dan ahli politik yang teruja dgn kekuasaan bersetuju bahawa seseorang
yang gagal dalam cubaan pertama mestilah belajar daripada kesilapan
dan membaikinya!

Gagal adalah sunah kehidupan.yang lalu biarlah berlalu.kita perlu
pandang ke hadapan.

p/s : sama seperti dalam soal cinta jgk..gagal tak semestinya gagal
selamanya...kumbang bukan seekor,bunga bukan sekuntum. ^_^

Jumaat, 23 Mac 2012

Memujuk Teman Baik !

Kadang-kadang kita melakukan kesilapan tanpa sedar terhadap teman baik
hingga menyinggung perasaan nya.ada kala kita marah kerana terlalu mengikut
emosi.Apabila teman merajuk,bagaimana hendak memujuknya?Di sini ada
beberapa tips untuk memujuk.

>Pilih Masa Yang Sesuai
Jangan terburu buru pilih masa yang sesuai untuk kamu bersemuka dgn
sahabat.Jika dia sibuk,tangguh kan seketika hasrat sehingga dia lapang
dan bersedia untuk ditemui.pasti kan dia
tidak letih atau sakit agar perbincangan kamu itu tidak terganggu.

>Gunakan Bahasa Yang Lembut
Hati sahabat kamu masih luka,lantaran kamu kena bijak menyusun kata.
Guna kan bahasa yang lembut ketika berbicara.Jika dia memberi
reaksi negetif sekali pun,kamu harus bersabar dan kekal dgn intonasi serta
bahasa yang lembut.Ingat,api perlu dibalas dgn air jika ingin berdamai.

>mengakui Kesilapan
usah malu utk mengaku Kesilapan diri kamu.buang EGO ke tepi dan
bersungguh sungguh menerang kan kesilapan kamu.tunjuk kan penyesalan dan
usah berdolak dalih,terima saja aksi yang diberi nya.jika kamu ingin menagis
biar kan air mata mengalir dan usah berpura pura mengawal perasaan demi
menjaga EGO.

>Berjanji Tidak Akan Mengulangi Kesilapan
Seterus nya kamu mesti berjanji tidak mengulangi kesilapan yang sama
dan memohon dia memaaf kan perbuatan kamu.kata kan kepadanya bahawa kamu
banyak kekurangan dan minat dia menegur kamu jika kamu masih bersikap negetif
seperti sebelum nya.

>Biarkan Dia Meluahkan Isi Hati
Pasti nya selepas kamu berterus terang,perasaan sahabat kamu
kembali reda.kamu perlu memberi ruang kepada nya untuk meluah kan
perasaan nya yang lerluka atas perbuatan dan percakapan kamu.luahan
ini akan dapat mengembalikan ketenangan buat nya dan dalam masa
yang sama,dia akan dapat meluah kan segala yang membebani diri nya selama
bermasam muka dengan kamu.

p/s : kwn itu adalah tempat untuk berjenaka,bergurau,berhibur dan juga tempat berkongsi
perasaan (^_^)

Khamis, 22 Mac 2012

Marah lwn Suka !

Assalamualaikum..

malam nih aku ada dpt satu idea nak berkongsi pendapat..ni berkaitan
dgn sikap manusia..marah lawan suka?
sememang nya kita ada sifat marah dan marah ini ialah sifat syaitan betol kah?
kalau mcm tuh sapa sapa marah dia adalahhhh..........?? aku tak kata apa2
pon ya...(^_^).. haha..ya la kan semua org penah marah,tipu lah kalu tak
de sapa sapa tak penah marah..hakk tuiiih
aku sendiri pon penah marah dan penah dimarahi..hikhikhik..selagi kita bernama
manusia di atas muka bumi nih selagi tu lah kita ada sifat sifat semulajadi
yang dikurniakan olah Pencipta Kita..

tp org cakap kalu suka marah marah nih cepat tua? betoi ka? haish!!
agak mustahil la kan sbb tua muda ditentukan oleh umur kita..
semakin berusia semakin tua tak gitu.."kalau suka marah cpat tua"
ni istilah org tua tua yg cakap,entah betoi ke tidak pepatah
org tua tua nih? 50-50 aku..ada kalanya betoi pepatah org tua tua nih..
tp kadang kadang tak betoi jgk..korg setuju tak?



P/s : tp sesetengah org laki suka tengok perempuan marah terutama
pasangan kekasih..konon konon nmpak cumil dan sebagai nya lah..
hahaha..hakk tuihh!!

p/s :marah tu biar bertempat kata kwn aku!! (~_~")!

Rabu, 21 Mac 2012

Siapakah yang perlu disalahkan?.

assalamualaikum.
petang nih aku nak kongsi story dan pendapat dgn korang nih..
kenapa sejak kebelakangan ni bnyak kes kes culik ya..tak kira tua atau muda,
tambah tambah lagi kes culik budak budak bwah umur?pelik dan hairan aku..
apa motif sebenar nya si penculik ni ya.. (~_~")! nak kata nak mintak duit tebusan
tak jgk kan..lepas culik kena rogol dan bunuh plk..kesian budak budak yang tak tahu apa
apa..baru nk  kenal dunia dah kena culik dan dibunuh..mcm nyawa tak de nilai
dah..ingat nyawa mcm dlm game
yang aku selalu duk main tu ka?haish!! bodoh btol si penculik nih...

nak salah siapa?? mak bapak atau si penculik.!! dah tntu salah si penculik kan kan..myb si penculik ni
ada masalah mental kot..haha sbb tu dorng berani menculik kan.. tp pendapat aku lain skit,
mak bapak memain peranan penting untuk menjaga keselematan anak anak mereka..tak kan org lain nk jaga
anak anak dorng kot..idea tak bernas kan..no gud no gud.."buat pandai,tp nk jga anak tak pandai" aku
bukan nak mengkritik tp nak bg pendapat aku je..jgn GAM aku plk ya..suatu hari nanti pon aku akan ada anak jgk
so aku tak nak mengata atau mengkritik sapa sapa..tp insyALLAH akan aku jga baik baik..AMIN...

p/s: era globalisasi ini kes "culik" berleluasa tidak mengira usia.Siapakah yang perlu disalahkan?...Peace no kidnapping!!

Jasa Mu Akan Ku Kenang !

Assalamualaikum..
petang nih aku nk story suatu pekara kpd kwn kwn lain..
aku bersukur sangat sangat sbb ada sudi nk tolong aku
(dri istilh lain sudi jd cekgu aku) utk membantu aku jayakan
blog aku yang tak seberapa nih..thank ya..dah bnyak org
dh yang aku suruh bantu aku tp smua nya
mcm mau tak mau ja..leceh betoi.. (~_~")!. Nasib baik la ada
seseorang yang sudi bantu aku..harap harap org yang bantu
aku nih bantu dgn ikhlas la,bukan kerna terpaksa dri aku
yang suruh paksa...hahah.. jap jap nk kejip mata kt dia jap (^_*)..
guna lah kepercayaan aku nih sebaik baik mungkin sbb aku
jenis yg tak mudah pecayakan org"kalau aku ditipu sampai
bila bila pon aku tak akan pecaya dah"..ha ni prinsip aku la kot..
aku suka org org camgini..biar ramai kwan tp jgn ramai musuh..
senang hati aku dibuat nya...apa apa pon skali lg
TERIMA KASIH BANYAK BANYAK!

p/s : mulai skg aku tak lagi nk serabut serabut kepala dah sbb ada org sudi mau tolong aku..
jasa mu akan ku kenang (^_^)

Sabtu, 17 Mac 2012

Seksi Atau Seksa ?

Aku ada satu cerita nk dikongsi dgn korng korng semua nih..
topik yg best pnya ..slalu nya kaum kaum lelaki ja yg suka mcm nih,,haha
yg duk bg kaum laki suka adalah kaum wanita...( i like ) ^_^
kenapa ya  kaum wanita wanita di luar sana suka memakai pakaian yg seksi?
ada yg terbelah sana sini..lebih baik bukak semua,tak payah pakai apa apa
kan lebih seksi...kan lebih menarik..kan lebih tarik perhatian... (~_~")!
dlm istila kata lain "tak cukup kain" aku pon tertanya tanya kenapa..?
adakah kaum wanita nih suka nk menonjol kan apa yg dorng nk tonjol kan..atau
dorng nak tarik perhatian  kaum lelaki? tp apa sebenar nya motif dorng nih...adakah ia benar? haish!!.
Tp bg kaum lelaki plk memang beruntung lah hikhikhik!! ^_^.. sapa nk tolak makanan depan mata kan..
lain la kalau lelaki tuh tak ada  NAFSU? pergh lg bhaya klu lelaki tak dak nafsu? gelap dunia weh!!! hahahh
tp banyak jgk dapat dosa sbab duk ushar ushar.. sampai ternganga  mulut pon ada aihh!! (tp bkn aku ya) hikhik..Tp dgn keja aku sebegini aku dah lali dah dgn semua semua nih...macam macam karenah penah aku jumpa,so tak hairan la kan..(korang jgn pikir plk aku keja yg bkn2 ya) keja aku halal punya...kerajaan yg bayar gaji aku hikhikhik...


p/s : kebanyakkan kaum wanita lah yang menghuni neraka dripda kaum lelaki..ingat tu...(fakta)

Malam Ni Punya Hal !!




Mlm ni aku rasa senang sangat sangat sebab aku dapat berborak dgn kwn aku..
entah la sebab apa mlm nih rasa  lain ja dan best best ja.. haish!! (selalu nya  tak mcm nih pon)
dia suka berborak! aku pon ikot rentak dia dan layan jgk la lama lama aku pon terikut ikut mcm dia ^_^
thank Q ya kwn,sbb kau sudi bg aku kegembiraan.. aku tak akan lupa mlm nih punya hal ya..
kalau bleh aku nk berborak borak sampai pagi pon tak apa sebab kau bnyak idea nk di cerita kan..
tp kadang kadang dia suka bg aku gelak sorng sorg,senyum sorng sorng,pikir sorng sorng...dll
yang aku tak blh tahan tuh dia suka trap aku dengan soklan soklan yg aku sendiri sukar nak jwab..
(jgn buat kat aku mcm tuh lg ya,ta mau ta mau tak suka) ssah aku nk tepis tau.. sbb aku tak belajar seni mempertahankan diri tepis tepis nih...
silap silap blh terkantoi..!! (~_~")!  aku harap akan berkekalan  ya...mudah mudahan..AMIN........


P/s : dgn jujur aku cakap,kau tak mcm kwn kwn lain yg aku penah kenal..fuhhh...best in the world



Rabu, 14 Mac 2012

7 rahsia wanita dengan melihat cara berjalan !!

Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

Jika berjalan suka menunduk
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Jika berjalan menatap lurus ke depan
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

Jika berjalan badan tampak tegak
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

Jika berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.



Selasa, 21 Februari 2012

Auburn: All About Him LYRICS VIDEO (Official, 2010).



Jangan Ingat Kembali

sedih sangat sangat.....kalau teringat kisah lalu pasti menyedihkan.tapi kekadang tuh manusia xpenah lari dari kisah kisah lampau..tetiba je   kisah kisah lampau terkeluar dari ingatan..betol tak?? kalau korng tak nak mengaku terpulang lah..tapi hakikat nya !! memanag betol...tapi kisah kisah lampau boleh mengajar kita erti perjalanan hidup pepatah org tua tua " kesalahan menjagar kita erti hidup"  ya kan...tapi ada sesetengah org kita yang tak nak mempelajari kisah kisah lampau tuh...tu yg kadang kadang dah buat salah 2,3,4 kali tp masih duk buat lg..hadoii masalah2 org camgini...

*kalau blh aku tanak ingat kembali kisah kisah lampau aku..* tp kisah kisah lampau jgk lah kita blh mempelajari erti kehidupan*
 -_-

Jumaat, 10 Februari 2012

Ahad, 5 Februari 2012

Biodata Rasulullah S.A.W

• Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
• Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
• Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
• Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

Rabu, 1 Februari 2012

Duit Segala Gala nya !! Betul Kah??

 Andai aku dpt duit sebanyak ini akan aku bina kebahagian dng si dia..huhu

Jumaat, 20 Januari 2012

Budak Nakal !!


Asalamualaukum geng !! nk dijdi kan cerita la nih...time msa dulu dulu
time budak nakal hahah... sememang nya aku budak nakal ckit
biasa la geng !! time remaja time tu lah nk jdik gila gila.. ANTI POLIS
ANTI DADAH, itu semestinya...klau jmpa polis siap maki maki lg,
tunjuk fuck dan bnyak lg ( siapa yg penah tu tw la kot noh )
lepas tu aksi kejar mengejar la geng apa lg !! hahah...nk tergelak pon ada klu
skg t'fikir balik..  ^_^  kalau bab maki maki nih serah pada aku la..
ni ha orng nya..tp skg sudah t'blik plk dah..( skg aku plk yg kena maki hamun.)
ha bru padan muka,pepatah org muda ckp,TUHAN bayar cash !!
skg bru aku paham apa pepatah org muda ckp tu terjadi kt aku sendiri
sbb nya aku dah jd sebahagian org yg aku maki maki dulu...
so skg aku dh tak nak ckp apa2 lg tentang keburukan org sbb nya
nnti terjadi kt kita balik... skg ni TUHAN bayar cash beb !! eeee takutt..

ni time sekolah dl.. fuh klu aksi tumbuk menumbuk,terajang merajang
ni ha budak nakal nih yg slalu bikin msalah kat sekolah..
klu cekgu displin tak kenal aku
xsah la..haha..ada sapa2 gaduh smua tala kt aku..
ya la mau cekgu xtala kt aku,aku n the geng
je selalu bikin msalah kt sekolah tuh...sampai femus la..
walaupon cekgu displin selalu
tibai aku di sebab kan mslah aku nih, tp aku xbenci lah sangt,
cekgu yg aku paling xsuka CEKGU add mate aku tuh !! perghh !!!
mcm sial lah...ber-bulu ja aku tngok..time dia masok aku keluar,
time dia keluar aku masok,hahah ok tak ^_^
dah la ajar add mate apa benda pon aku xfaham,wat apa nk dok dlm kelas dia
buang masa aku ja baik lepak lepak kt belakang sekolah bawah pokok rimbun....
dah la dia ajar nk speking malay pon xbetol..mcm lidah tuh keras
sngt nk sebut ayat2 kemelayuan nih..
nama ja dok malaysia tp nk speking malay pon ssah sngt...
kasi tumbuk bru ada akal !!!

tp CEKGU yg aku paling suka cekgu kimia aku tuh huhu cute siottt !!
mcm nih muka dia senyum ^_^,
walaupon se-nakal nakal aku tp dgn cekgu kimia aku tu aku
beri tumpuan sepenuh nya..siap angkat kerusi duduk depan table lg tuh haha..
sehingga SPM takat lulus ja la...biasa la
budak nakal walaupon tak lulus cermerlang sekadar lulus bg aku kira ok la tuh...haha

itu la kenangan kenangan aku dulu time aku jadi budak nakal... skg dah cuci tangan dah
al-maklum lah kan dah besar panjang dh blh pikir sendiri dah..dah keje ok dah jd pikiran pon dh
mcm org dewsa dh tp nakal nakal tu msih ada ckit cikt lg la..mcm blh cuci sepenuh nya..



Rabu, 18 Januari 2012

Selena Gomez & The Scene - Who Says



Train - Hey, Soul Sister ( lirik )

Hey, hey, hey
Your lipstick stains
On the front lobe of my Left-side brains
I knew I wouldn't forget you

And so I went and
let you Blow my mind
Your sweet moonbeam
The smell of you in every Single dream I dream
I knew when we collided
You're the one I have decided Who's one of my kind

Hey soul sister
Ain't that mister mister
On the radio, stereo
The way you move ain't fair,
you know Hey soul sister
I don't wanna miss A single thing you do Tonight

Hey, hey, hey
Just in time
I'm so glad you have A one track mind like me
You gave my life direction
A game show love connection We can't deny

I'm so obsessed
My heart is bound to beat Right out my untrimmed chest
I believe in you Like a virgin,
you're Madonna And I'm always gonna wanna blow your mind

Hey soul sister
Ain't that mister mister On the radio,
stereo The way you move ain't fair,
you know Hey soul sister
I don't wanna miss A single thing you do Tonight

The way you can cut a rug
Watching you is the only drug I need So gangster,
I'm so thug You're the only one I'm dreaming of
You see,
I can be myself now finally
In fact there's nothing I can't be
I want the world to see you'll be with me

Hey soul sister
Ain't that mister mister On the radio,
stereo The way you move ain't fair,
you know Hey soul sister
I don't wanna miss A single thing you do Tonight

Hey soul sister
I don't wanna miss A single thing you do Tonight
Hey, hey, hey Tonight Hey, hey, hey Tonight

Train - Hey, Soul Sister (ACOUSTIC LIVE!)



Selasa, 17 Januari 2012

asal usul jin !


Renungan Rohani Antara Peranan Jahat Syaitan

Mengikut kajian ulama, syaitan adalah jenis jin yang jahat perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya.

Selain mendatangkan punca penyakit, pengsan dan gila, jin juga kadangkala mencuri atau dipakai untuk mencuri barangan orang.

Dalam ajaran Islam kita dapat mengesan bahawa malaikat, jin dan syaitan mempunyai jalan untuk mempengaruhi manusia supaya melakukan kebaikan atau sebaliknya.

Mengikut sebuah hadis Turmizi, “Malaikat menggunakan jalan itu untuk meniupkan ilham yang baik maka syaitan pula menyampaikan bisikan jahat dan mendustakan Allah…”

Orang yang bersih jiwanya dapat mendengar suara ilham yang disampaikan oleh pelawat di hadrat hati. Oleh itu, orang berkenaan berasa lapang dada dan terdorong untuk beramal. Malah ilham sendiri menjadi faktor penting jiwanya berasa gembira. Orang yang kotor jiwanya didatangi oleh jin atau syaitan. Malah mengikut surah al-Zukhruf ayat 36, Allah menyediakan satu syaitan secara tetap dalam hati yang kosong daripada zikir.

Syaitan itu menjadi sahabat karibnya. Surah Fussilat ayat 25 menghuraikan kerja syaitan berkenaan iaitu membisikkan kata-kata manis dan menghayalkan.

Sesungguhnya hasutan syaitan, jin atau roh jahat ke atas fizikal dan rohaniah manusia jelas sekali. Hasutan itu masuk ke dalam diri mereka menerusi pelbagai jalan. Antara yang paling dahsyat dan ganas ialah dengan renungan rohani ketika oarng yang berniat buruk mengamalkan jampi mentera atau sihir untuk tujuan tertentu terutamanya untuk merosakkan orang yang dibencinya.

Inilah antara rahsia ( dan Allah Maha Mengetahui ) mengapa syirik disifatkan sebagai dosa besar oleh Allah. Kerja seperti ini merosakkan kedua-dua pihak. Pengamal sihir rosak imannya, manakala mangsanya pula rosak iman, anggota dan mentalnya.

JIN
Makna Jin: Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang Jin. Antaranya :-

Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas.

Surah Ar-Rahman ayat 15 :Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk  api yang menyala-nyala atau Maarij )

Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.

Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a: Maksudnya : " Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah).

ASAL KEJADIAN JIN

Keterangan "Al-Maarij "

Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.

Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.

Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.

Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah " sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin.

Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata.

CARA PEMBIAKAN JIN

Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh.

Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat.

Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin.

Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah " Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah.

AGAMA PUAK-PUAK JIN

Jin Juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak.

Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin.

Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf awam sahaja , Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.

Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.

Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa " sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.

Golongan Jin Islam yang awam dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.

RUPA BENTUK JIN

Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia.

Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok.

Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin.

Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya.

Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.

Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis.

Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

" Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) "

Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.

MELIHAT JIN

Pada prinsipnya Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh di lihat dalam rupa bentuk yang diingininya.

Jin juga boleh di lihat oleh manusia dalam keadaan sihir atau ketika meminum air sihir atau melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk memperlihatkan dirinya kepada manusia.

Di dunia semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia.

Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah kemampuannya untuk mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa. Contohnya dalam peperangan Badar, Iblis telah menampakkan dirinya dalam bentuk seorang lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam rupa Suraqah bin Malik yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam. ( Iblis dan Syaitan adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin ).

Dalam Sahih Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin yang menampakkan dirinya dalam bentuk seekor ular dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular tersebut. Di samping itu Jin juga boleh menampakkan dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain seperti rupa bentuk kucing, anjing dan sebagainya.

KUMPULAN-KUMPULAN JIN

Jin juga seperti manusia yang inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan Jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang menunggu kubur, kumpulan yang menunggu gua, kumpulan yang menunggu mayat manusia, kumpulan yang menunggu hutan rimba, kumpulan yang menunggu bukit bukau, kumpulan yang menunggu air mata air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya.

JENIS-JENIS JIN

Sama seperti manusia Jin juga terdiri dari pada berbagai jenis atau bangsa, antara yang tersohor ialah :-

1. Iblis Bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan..

2. Asy-Syaitan Syaitan-syaitan

3.  Al-Maraddah Peragu-peragu ( pewas-was )

4.  Al-Afrit Penipu-penipu

5. Al-A’waan Pelayan-pelayan

6.  Al-Tayyaaruun Penerbang-penerbang

7.  Al-Ghawwaasuun Penyelam-penyelam

8.  At-Tawaabi Pengikut-pengikut ( pengekor )

9.  Al-Qurana Pengawan-pengawan

10.  Al-Ummaar Pemakmur.

GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG-ORANG MELAYU

Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakkan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin.

ANTARA JIN-JIN YANG POPULAR DI KALANGAN ORANG-ORANG MELAYU IALAH:

Hantu Raya, Hantu Pontianak, Hantu Polong, Hantu Toyol, Hantu Langsuir, Hantu Penanggal, Hantu Pelesit, Hantu Air, Hantu Bukit, Hantu Kubur, Hantu Pari, Hantu Punjut, Hantu Jerangkung, Hantu Laut, Hantu Bawah Tangga, Hantu Galah, Jin Tanah, Hantu Kum-Kum, Hantu Bungkus, Hantu Pocong, Hantu mati di bunuh, Hantu Bidai, Hantu pari-pari, Hantu Kopek ( Tetek ), Harimau Jadian, Jembalang Tanah, Hantu Tengelong.

KERAJAAN-KERAJAAN JIN

Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya yang tersendiri. Antara Raja Jin alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai’ah dan Maimon. Empat raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s ialah Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.

Manakala Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaail, Mikiyaail, Sarifiyaail, ‘Ainyaail dan Kasfiyaail. Raja Jin yang mengusai kesemua Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM YA LI.. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.

ANAK-ANAK IBLIS JUGA MEMPUNYAI KERAJAAN YANG BESAR ANTARANYA :

1.   Thubar Merasuk manusia yang di timpa musibah dan bala.

2. Daasim Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan silatulrahim, rumah  tangga, keluarga, sahabat handai, jemaah dan sebagainya.

3.  Al-‘Awar Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya

4.      Zalanbuur Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.


 ANTARA JIN, IFRIT, SYAITAN DAN IBLIS

Jin, Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah merupakan sebahagian daripada golongan Jin, cuma tugas dan fungsi mereka sahaja yang berbeza. Jin sebagaimana yang telah diterangkan di atas ialah sejenis mahkluk Allah yang tersembunyi dan tidak kelihatan oleh manusia. Pengetahuan mereka lebih luas dan sangat panjang usianya.

Manakala Ifrit pula adalah daripada golongan Jin yang sangat kuat dan bijak menipu serta sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong lagi amat durhaka kepada Allah.

Iblis dan Syaitan juga terdiri daripada golongan Jin dan mereka merupakan golongan Jin yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan mendapat kutukan Allah sehingga ke hari kiamat.

Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :

" Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangani mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur ( taat )."

Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abid dan alim di kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia ( Adam ). Maka dengan sifat beliau yang sombong itu Allah telah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.

Bermula dari saat itulah Iblis melancarkan gerakan permusuhan dengan manusia sehingga ke hari kiamat.

Allah telah menjelaskan bahawa terdapat tiga jenis permusuhan dilakukan oleh Jin ke atas manusia iaitu :-

Melalui Kejahatan ( As-Suu’ ) : iaitu berkenan dan gemar kepada dosa-dosa dan maksiat hati dan segala anggota tubuh badan.

Kekejian ( Al-Fahsyaa’ ) : iaitu kejahatan yang lebih buruk dan jahat lagi.  Kekejian ini adalah sebahagian daripada perkara yang membawa kepada kedurhakaan dan maksiat kepada Allah.

Melalui pembohongan dan menipu Allah melalui perbuatan, perkataan dan nawaitu.

Isnin, 9 Januari 2012

Mengapa PUTERA3 ??


Kenapa aku suka dgn perkataan PUTERA3??
tntu korng sangka aku kerabat mana mana kan..huhu..
sebernarnya aku bkn kerabat mna2 pon ^_^
ok skg aku terangkan knapa aku suka perkataan PUTERA3 ??

PUTERA melambangkan seorang LELAKI !! dh tentu smue org tahu kan!!
bg aku putera cukup sesuai bg aku sbb aku kan lelaki..ini xbersangkut mana mana
kerabat ok !! korng jgn salah faham plk!!

3 !! kenapa aku pilih angka 3 ?? kenapa x 4,5,or lain lain?? hahah
ini disebab kan aku anak ke-3 dripada 4 org adik beradik,so aku gna la angka 3,
xkan aku nk taruk 4 kot haha.^_^
jdik aku cantum kan perkataan dgn angka 3?? terjadilah PUTERA3..
PUTERA3 bermaksud anak lelaki yg ke-3..hahahah

sbb dlm 4 adik beradik aku sorg perempuan dan tiga lelaki...huhu
dh lama aku guna nickname putera3 sampaikan dlm YM,TAGGED,MYSPACE,dan lain lain
klu nk gtw smue jenuh beb!! kdang2 sesetengah kwn2 yg kenali mahupun
x dikenali ckp aku nih kerabat..huhu.. tu cuma nickname ja...so skg korng dh paham kn..
jd lepasni jgn dok ckp yg aku nih kerabat mna2 plk k..huuhu.segan aku dibuat nya..

so skg nih semua dh jelas kn...PUTERA3 hanya nickname je bkn bersangkut mna2 kerabat..
pecae ^_^ !!




Memikirkan Sesuatu !

kenapa la malam nih aku xblh tidor..!!! adakah aku terpikir sesuatu sampai kan
aku xblh tidur....atau mungkin aku memikirkan masalah malasah yg ada!!!
jam skg menujuk kan 03:55am @ 09/01/12..jam 07:00am nk keje...
mata dh pejam tp xblh lena...mungkin aku memikirkan sesuatu yg menyeronok kan kot huhu ^_^
atau sebalik nya,dan tetiba je aku tergerak hati nk tulis blog !!..
ya la tahun 2012 aku dh umur 25 tahun walau ikut bulan aku baru 24 thn 12 bln..
tp masih blm kawen2 lg..kwn2 aku sebaya dgn aku smue dh kwen mungkin dh ada ank 2,3 org dh...
aku !! masih bujuang !! sampai bila aku nk pertahankan status BUJANG nih ??

Nk kata awek?? pon x dak lg,? msti korg heran yg umur 25thn xdak awek..haha..aku bkn tipu tp kenyataan..
bkn aku xpenah bercinta tp cinta aku terkandas ditengah jalan tu yg membuat kan aku berhati hati utk memilih,
tambah tambah sekarang aku dh keje yg mungkin gadis gadis diluar sana utk bersama aku memikir 2,3 ,4 kali..
ya la keje aku skg xtentu msa...ni membuat kan aku lebih risau lg..harap2 aku dapat wanita yg paham
situasi kejaya aku dan aku akan cuba bahagiakan wanita yg menjadi pasangan hidup aku..INSYALLAH..amin
kejaya aku menjamin masa depan? tp pasangan aku !! adakah dia menjamin kebahagian aku jgk?? atau sebalik nya..
jodoh telah ditetap kan..so aku nk ikut je laluan yg disedia kan..^_^
harap harap tahun 2012 aku akan dapat wanita yg blh memahami kajaya aku,dan aku xakan sia sia kan pasangan yg menjadi
penawar segala gala nya....insyallah ...amin... wasalamm...

Sabtu, 7 Januari 2012

what you waiting for (lirik)

Baby, I never seen someone with your body
You make me want get this party started
Hey baby, come in tell me what this all,baby,baby
Tell me what you what you waiting for

Baby, I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come in get it it's all yours ,baby,baby
Tell me what you what you waiting for

Its your birthday
So tell me what you want to
Its my birthday
I really wanna get with you
Drop the beat now and may be we can get it started
Well go insane and take you to the after party

So what's your name
Hey baby what"s your name (oh yeah)
Sexys my name
Yeah sexys my name
Ok and whats your name
Hey baby what's your name
Ok I like to play
I I like to play

Baby, I never seen someone with your body
You make me want get this party started
Hey baby, come in tell me what this all,baby,baby
Tell me what you what you waiting for

Baby, I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come in get it it's all yours ,baby,baby
Tell me what you what you waiting for

Hey sexy girl from Kuala Lumpur
Hey baby that's me I'II be on the dance floor
I got you with surprise we pop in  VIP
And if I ask nice can I take you home with me

So what's your name
Hey baby what"s your name (oh yeah)
Sexys my name
Yeah sexys my name
Ok and whats your name
Hey baby what's your name
Ok I like to play
I I like to play


Baby, I never seen someone with your body
You make me want get this party started
Hey baby, come in tell me what this all,baby,baby
Tell me what you what you waiting for

Baby, I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come in get it it's all yours ,baby,baby
Tell me what you what you waiting for

Baby let's get crazy
Come and loose control
You want to tear up the after party
I know you want some more
I wanna see you with that body
Working down real low
Baby yeah Come and get it
What you what you waiting for

Baby, I never seen someone with your body
You make me want get this party started
Hey baby, come in tell me what this all,baby,baby
Tell me what you what you waiting for

Baby, I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come in get it it's all yours ,baby,baby
Tell me what you what you waiting for.

Khamis, 5 Januari 2012

Tak Disangka !!

Punca dri ibu bapak dia !! iskh!! knapa t'jdi kpd aku ya...oh! mungkin ni satu dugaan atau lumrah hidup utk mematang kan seseorg utk mnjadi insan yg berguna.. tp kadang2 sedih pon ada, tp aku paham kenapa trjadi sebegini rupa !

Of couse disbb kan aku jgk !! krna  zaman skg kebahagiaan tak semestinya dtg dri hati !! kewangan jgk memain peranan utk kebahgiaan..ya la aku kn LELAKI, tanggungjawb seorg lelaki trlalu berat,nk dibanding kan pikul beban 100 kg lg berat tanggungjwab seorg lelaki..Di sebab kan tu jgk lah aku berusaha mencari keja yg terjamin !! now alhamdullah,syukur kpd Tuhan dri apa yg terjadi kpd aku membuat kan aku lebih matang memikirkan sesuatu pekara.."BUANG YG KERUH,AMBIK YG JERNIH" pepatah melayu yg sesuai bg aku... ^_^

2012 aku nk bukak buku baru,kali nie aku nk "karang cerita elok-elok utk capai kebahagian..." xnak sejarah berulang kembali.. wow perit beb nk lalui !! sehinggakan serik nk bercinta pon ada jgk,tp sbgi manusia biasa xkan kita nk hidop bersendirian,jodoh sudah ditetap oleh ILAHI,cuma cepat dgn lambat je !! so tunggu je la sampai seru kihkihkhi

Harap Harap jodoh cepat la !!    ^_^

Selasa, 3 Januari 2012

Maafkanlah Mereka

 Tentunya dalam kehidupan kita ini begitu banyak individu yang sering menyakitkan hati kita kn, mengguris dan melukakan perasaan kita bahkan menjadikan jiwa kita serabut dan penuh kebencian. kadang-kadang senyuman kita kehilangan serinya, gelak tawa kita menjadi sumbing dan air muka kita kehilangan cahayan serinya setiap kali kita bertembung wajah dengan mereka.btoi x ?... Bahkan ada yang begitu dengki dan sengaja menyakitkan hati kita malahan sering mereka-reka fitnah dan onar untuk mencacatkan kewibawaan kita.

right !!, inilah sebahagian dari warna warni kehidupan kita yang menjadikan perjalanan hidup kita lebih unik dan jiwa kita akan menjadi lebih matang jika kita mampu menyikapinya dengan betul

Bagi aku, tidak ada yang lebih baik selain memberi KEMAAFAN. Ya, MAAFKAN MEREKA agar jiwa kita lebih lapang dan bahagia. MAAFKAN MEREKA sehingga kebencian tidak lagi mampu mencemarkan keindahan budi atau merubah rupa jiwa kita. MAAFKAN MEREKA agar kita mampu tersenyum melihat kehidupan.

MAAFKAN MEREKA kerana kita juga sering membuat kesalahan dan setiap kali kita membuat kesalahan, kita begitu rindu dan mengharapkan orang lain menyikapi atau menghadapi kelakuan buruk kita dengan baik bahkan menasihati kita dengan penuh hikmah. Kenapa pabila orang lain melakukan kesalahan kepada kita, kita lalu marah-marah dan pamerkan wajah yang buruk dan penuh kebencian.( kadang-kadang tu muka marah kita mcm hampeh pon ada hahah )

sedangkan nabi maafkan umatnya apatah kita umat dgn umat...
renung-renung lah..  ^_^

Wanita Dari Rusuk Lelaki

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.


Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.


Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.


Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.


Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan  kehilangan puteri.


Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.

  
wanita penting utk leleki & lelaki penting utk wanita ^__^